Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih kerana sudi singgah ke Blog kami..

Enjoy our Blog 'n' have a nice day!~

Wednesday 14 December 2011

IKLIM

IKLIM   Unsur iklim   ialah  cahaya, suhu, hujan dan angin






Unsur iklim
Proses pertumbuhan yang dipengaruhi
Cahaya
Fotosintesis, kefotokalaan
Suhu
Percambahan. Transpirasi, kualiti hasil , fizikal tumbuhan
Hujan / kelembapan
Fotosintesis , transpirasi , kesegahan sel , penyerapan dan translokasi nutrient
angin
Traspirasi , pendebungaan , fizikal tumbuhan , penyebaran penyakit dan perosak

CAHAYA                                                                                                                                                                    
a.      Fotosintesis
·Satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karban dioksida, air dan tenaga cahaya matahari.
·Proses ini berlaku dalam kloroplas.
·Dalam kloroplas terdapat klorofil. Klorofil berfungsi memerangkap tenaga dari cahaya matahari.
                               
   6CO2       +        12H2O               C6H12O6   6H2  6O2
                                  (dari udara)  (diserap oleh akar)        (kanji)


·Fotosintesis terdiri dua peringkat:
                                             i.            Tindak balas cahaya
-     memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas.
-       menghasilkan NADPH


                                            ii.            Tindak balas gelap
-       berlaku tanpa cahaya dalam kloroplas .
-       berlaku urutan tindakbalas yang dinamakan Kitar Calvin
-       menghasilkan karbohidrat

·Faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis:

                        i.      Keamatan cahaya / intensiti cahaya
-     kadar fotosintesis bertambah bila keamatan cahaya bertambah 

                          ii.       Gelombang cahaya
-     gelombang cahaya berwarna biru dan merah diperlukan dalam proses
        fotosintesis
-       gelombang cahaya berwarna biru dan merah diserap  oleh klorofil dan digunakan sebagai tenaga dalam tindak balas cahaya.          
-       jika cahaya kurang, gunakan cahaya tiruan dari lampu pijar dan  lampu pendarflour



b.      Kefotokalaan

·Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam
·Reaksi samada tampang atau berbunga.
·Dipengaruhi oleh tempoh siang dan malam.
·Tanaman tempoh siang pendek seperti orkid Phaleonopsis, kacang soya,nanas dan ubi keledek, padi
·Tanaman tempoh siang panjang seperti gandum, pokok jarak dan ubi kentang.
·Tanaman tropika seperti kelapa, padi dan mangga neutral terhadap tempoh siang.




 Kaedah untuk menggalakkan penggunaan  / mendapat cahaya yang optimum

1.       Memilih tapak yang sesuai.
·kawasan rata, lapang dan tidak terlindung oleh bangunan atau pokok besar
2.       Menanam pada jarak yang sesuai.
3.       Menyediakan sokongan.
4.       Mengawal rumpai.
5.       Membekalkan cahaya tiruan.
6.       Menanam tanaman selingan.
7.       Mencantas.

                                                                                                                                                                                                                                               
Suhu
Kesan suhu

1.       Percambahan biji benih
·suhu yang terlalu rendah atau tinggi akan mengganggu percambahan biji benih.
·suhu 21oC – 43oC meningkatkan respirasi biji benih dan menggalakkan percambahan biji benih
2.       Transpirasi
·Suhu meningkat kadar transpirasi akan meningkat.
3.       Kualiti hasil
·hasil pertanian tahan lama jika disimpan pada suhu rendah
·suhu rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim – hasil dapat disimpan lama
4.       Fizikal tumbuhan
·suhu yang terlalu tinggi atau rendah akan membantutkan pertumbuhan/kecederaan  tanaman



Hujan (air)

Kesan air

1.       Fotosintesis
·air kurang – liang stoma daun akan tertutup dan menyebabkan gas CO2tidak boleh memasuki daun
·kekurangan air dan gas CO2 menyebabkan kadar fotosintesis rendah

2.       Penyerapan dan translokasi nutrien
·air sebagai pelarut utama nutrien
·air sebagai medium untuk tindak balas biokimia
·pengangkutan air dan bahan terlarut – dari akar ke bahagian lain melalui xilem
·bahan tersintesis di daun diangkut  dari daun ke bahagian lain melalui floem
·kekurangan air/tiada air menyebabkan proses di atas tidak berlaku

3.       Transpirasi
·proses sejatan air melalui stoma  dapat menghilangkan haba dan menyejukkan daun
·ketiadaan air menyebabkan proses transpirasi tidak berlaku/kurang


4.       Kesegahan sel
·air cukup, sel akan segah dan daun berkembang sempurna untuk terima cahaya
·kadar fotosintesis meningkat sebab daun mendapat cahaya yang cukup/optimum



Kaedah mendapatkan air yang mencukupi:

1.       Melakukan pengairan yang sesuai
·membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman
·contoh pengairan seperti  sistem pengairan titisan dan percikan
2.       Melakukan penyaliran yang sesuai
·mengeluarkan air yang berlebihan dari kawasan penanaman
·untuk mempastikan oksigen dalam tanah cukup
·contoh perparitan seperti parit tulang hering, parit rawak dan parit selari
3.       Menanam pada masa yang sesuai
·elak kemarau atau banjir
·tanam pada permulaan musim hujan



Angin
Kesan angin

  1.       Transpirasi
   ·angin bertiup – kadar transpirasi bertambah
         2.       Pendebungaan
         ·memindahkan debunga dari bunga jantan ke stigma di bunga betina.
        3.       Penyebaran penyakit dan perosak
         ·tiupan angin memindahkan spora kulat ke pokok-pokok lain
 ·contoh penyakit seperti karat,bintik daun, kulapuk daun dan penyakit hawar.
         ·serangga juga dipindahkan oleh angin seperti afid, trip dan ulat bungkus.
p/s : Untuk keterangan lebih lanjut sila klik sini







No comments:

Post a Comment

Search