Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih kerana sudi singgah ke Blog kami..

Enjoy our Blog 'n' have a nice day!~

Thursday 15 December 2011

TANAH


Pengenalan



1.       Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
2.       Tanah mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa.

LAPISAN TANAH LAZIM
CIRI-CIRI

Tanah atas

·terdapat sisa tumbuhan dan haiwan
·ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur
·pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi
- akar tumbuh dengan baik.
·Tempat tinggal hidupan tanah.


Tanah bawah

·berada di bawah tanah atas
·lebih padat
·mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap.
·Lapisan keras – halang akar tumbuh dan pengaliran air.
·Sedikit organisma hidup

Batuan

·Bahan induk tanah.
       ·Alami proses luluhawa.

Susunan profil tanah :  

Sisa tumbuhan dan haiwan
Sisa tumbuhan dan haiwan
Tanah bawah
Batuan



Kepentingan Tanah

1.    Memberi sokongan mekanik kepada akar
·cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak
·dapat terima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
2.    Membekal nutrien kepada tumbuhan.
·tanah simpan nutrien
·sebahagian berbentuk bahan organik yang dibebas apabila reput.
·baja yang diberi bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan dalam tanah.
3.     Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan
a.     Udara tanah mengandungi gas CO2 , O2 dll
·CO2 lebih banyak kerana terhasil dari respirasi akar, respirasi organisma tanah dan pereputan bahan organik.

b. Air tanah
·wujud dalam bentuk :         - filem yang meliputi kumin tanah.
                                                 - wap dalam rongga tanah
                                                 - cecair (mengalir dalam rongga tanah)


Komponen Tanah

1. Bahan mineral    -   45 %
2. Air                     -   25 %
3. Gas                   -   25%
4.Bahan organik     -   5 %

 Bahan Mineral

i.        Bahan mineral tanah (inorganik)
1.       Terdiri dari kumin mineral - pasir (kuarza), kelodak dan liat hasil proses luluhawa.
2.       Kuarza mengandungi silika dioksida.
3.       Kumin pasir dan kelodak mempunyai silika dioksida tinggi – tidak terlibat dalam tindakbalas kimia dalam tanah.
4.       Kumin liat terdiri dari silika oksida, oksida ferum dan aluminium.

ii.       Bahan Organik
1.       Humus ialah hasil akhir pereputan bahan organik.
2.   Sumber bahan organik  - sisa tumbuhan dan haiwan, najis, tumbuhan dan haiwan           
      mati
3.   Bakteria dan kulat merupakan agen penguraian yang mengurai bahan organik di
      dalam tanah.

iii.      Udara
                1.    Rongga tanah yang tidak diisi dengan air akan diisi oleh udara.
2      Gas tanah mengandungi banyak karbon dioksida dan kelembapan tinggi berbanding di amosfera.
3.   CO2 lebih banyak kerana respirasi akar dan organisma tanah dan pereputan  bahan       
      organik di dalam tanah.  CO2 terperangkap di dalam tanah.
4.   Gas oksigen tanah penting untuk respirasi akar dan organisma tanah

iv.      Air
1.       Rongga tanah halus dipenuhi cecair dan rongga lebih besar terisi gas.
2.       Kandungan air tanah pada paras muatan medan memastikan bekalan oksigen mencukupi.
3.       Ciri-ciri muatan air tanah :
a.     muatan medan (had basah tanah) –  keadaan di mana rongga tanah dipenuhi oleh air dan masih terdapat ruang udara
b.     tanah tepu air – semua rongga tanah dipenuhi air, tiada udara. Air berlebihan 
      dan akar tumbuhan terendam di dalam air
c.     had layu(titik layu) – terdapat terlalu sedikit air dalam tanah dan tidak dapat diambil oleh akar. Kesannya pokok akan layu




Warna tanah

1.       Warna menggambarkan keadaan fizikal tanah, kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.
2.       Tanah berwarna gelap (hitam keperangan) lebih subur.
3.       Tanah pudar (kekuningan) – paling tak subur.
4.       Tanah sederhana gelap (perang kekuningan) – sederhana subur
5.       Warna tanah dikenalpasti dengan membandingkan warna tanah dengan carta warna Munsell.

Warna tanah
Ciri-ciri tanah berdasarkan  warna
Merah
·kandungan oksida ferum
·saliran dan pengudaraan baik
·terdapat di lereng bukit
·sesuai tanaman getah dan kelapa sawit
Perang
·Kandungan oksida ferum dan bahan organik
·Saliran baik
·Subur
Kelabu
·Oksida ferum dan oksigen kurang
·Saliran kurang baik dan menakung air
·Kurang beroksida
· Saliran kurang baik dan menakung air
·Sesuai tanaman padi
Kehitam-hitaman
·kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi
·menakung air dan pH rendah
·bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen
·tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar.
·Tanaman sesuai – nanas dan sayuran
Putih
·Banyak kandungan liat dikenali sebagai koalinit.
Kuning
·Oksida ferum berpadu dengan air.
·Saliran baik
·Lebih lembap berbanding tanah merah


 Tekstur tanah

      1.       Tekstur tanah ialah  peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah.
2.     Tekstur tanah ditentukan  dengan cara merasa (cara medan) dengan tangan atau kaedah mendapan.
3.     Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya ditetapkan mengikut sistem pengelasan Atterberg atau sistem USDA.
      4.       Kepentingan tekstur tanah – tekstur tanah dapat menentukan;
·         Penyaliran  tanah bertekstur kasar mempunyai saliran yang baik
·         Pengudaraan – tanah bertekstur kasar mempunyai liang lebih besar yang dapat memudahkan pertukaran gas
·         Penjerapan nutrien – tanah bertekstur halus seperti kumin liat bercas negatif dan dapat menjerap nutrien bercas positif. Tanah bertekstur halus dapat menakung air



Struktur tanah

       1.      Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah (pasir,kelodak dan liat) dalam  bentuk tertentu.
 2.  Tanah pasir  tidak berstruktur.
 3.    Struktur butir rapuh – terbaik kerana berongga.

 4.  Kepentingan struktur tanah : struktur tanah yang baik

·Pengudaraan tanah – rongga antara agregat membenarkan udara dan air meresap dengan baik. Air tidak bertakung dan akar mendapat oksigen cukup

·Daya tahan tanah – kumin-kumin tanah  bergabung menjadi binaan yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan


·Mengurangkan kesan ketoksikan CO2   struktur yang baik dapat  mengurangkan kesan ketoksikan CO2  kerana gas ini mudah meresap ke udara

           5.  Jenis struktur tanah
·         Butir rapuh
·         Berlapis
·         Berblok
·         Prismatik
·         Kolumnar
·         Tanah tidak berstruktur – berbutir tungga
                           - berbongkah (massive)


 Sifat kimia tanah

pH Tanah

1.       pH tanah ialah keasidan atau kealkalian sesuatu tanah.
2.       Tanah tropika bersifat asid – kerana larut resapan .
3.      Keasidan wujud kerana kehadiran ion hidrogen (H+)

nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+).

Unsur perlu untuk pertumbuhan tumbuhan

1.       Makronutrien – O,C,H,N,K,P,S,Ca,Mg
2.       Mikronutrien – Fe,B,Mn,Zn,Cu,Mo dan Cl
3.       Sesuatu unsur nutrien perlu jika
a.       Tumbuhan tidak membesar dengan sempurna.
b.       Tindakan nutrien yang spesifik tidak boleh diganti dengan unsur lain.
c.        Unsur nutrien bertindak secara langsung dalam tumbuhan.
d.       Apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur, unsur tersebut perlu ditambah

Search